Tuesday, May 10, 2011

Sedih??

Aku sedih, lagi 2 minggu je lagi nak habis praktikum kat SMKTIS. Aku akan rindu pada students, pada guru, pada akak kerani, pada mkck kantin, pada tukang kebun, pada bilik guru..dan pada lain-lain. Sepanjang aku praktikum ni, alhamdulillah aku rasa gembira sangat walau ada duka dalam melayani karenah pelajar. Jujur, menjadi guru praktikum membuatkan aku lebih sabar dalam mengawal kemarahan dan kebencian. Hari demi hari yang aku lalui di SMKTIS membuatkan aku sentiasa tabah dan bersemangat untuk memulakan tugas sebagai seorang guru. Aku gembira bila student memberi salam dan senyum pada diri ini walau ada juga pelajar yang kurang ajar dan tidak boleh diajar. Tapi syukur, aku mendapat pelajar yang baik tetapi nakal. Nakal yang masih boleh dikawal, nakal yang membuat aku kadang-kala tersenyum sendirian. SMKTIS akan tetap dihati, terima kasih kerana memberi aku pengajaran yang tidak akan aku dapat di tempat lain.

No comments:

Post a Comment