Tuesday, May 3, 2011

KIsah DiRi.......@ HarI Ni BOsAn TaHaB #$%^&* PaRt OnE

Ok, oleh sebab hari ini aku sangat bosan dan tak tau nak buat apa ngeeeeee..sebenarnya banyak kerja sekolah yang tertangguh tak buat lagi, tapi tak apa la, esok aku ingat nak bagi latihan dengan bincang cara buat esei pendidikan moral dalam exam la. Minggu depan nak exam dah. Aku sebagai guru berdedikasi (berdedikasi la sangat kononya) akan cuba memberi input berharga kepada pelajar yang disayangi supaya mereka lulus dalam exam hehehe. Ok balik pada kisah yang aku nak cerita ni tadi. Aku nak cerita sebenarnya pasal aku masa mula-mula masuk UPSI. Korang tahu tak UPSI tu apa? Ha meh aku nak citer, Upsi ni ialah Universiti pendidikan sultan idris yang terletak di tanjung malim perak Malaysia. Kalau mana-mana orang yang buta sejarah, Upsi ni la mula-mulanya tempat pejuang kemerdekaan bertapak. Dulu Upsi ni dikenali sebagai SITC (Sultan Idris traning college) kalau nak tahu lebih lanjut, rajinkan lah jari anda untuk mencari sejarah lama upsi.


Ok dulu masa lepas STPM, aku sangat berharap nak masuk UM. Tapi bila je dapat Upsi, aku macam down sekejap. Tapi aku kuatkan jugak semangat, aku pergi jugak daftarkan diri masuk Upsi sebab bukan senang nak masuk Universiti. So dengan redha dan tawakkal aku masuklah Upsi. Aku ingat lagi time tu, arwah nenek happy bila aku masuk Upsi. Aku ni duduk berdua je dengan arwah nenek, mak aku duk rumah lain, tapi dekat je la. Aku sangat bersyukur masa tu sebab duit yuran dah tersedia, Alhamdulillah masa aku nak masuk tu, duit kwsp mak aku keluar. So tak ade masalah lah. Tapi time tu jugak jauh kat sudut hati aku, aku sedih sangat tinggalkan nenek aku sorang-sorang. Nasib baik sepupu aku nak teman. Alhamdulillah.

Masa mula-mula aku masuk upsi aku dapat duduk di kolej Harun Aminurasid (KHAR). Time ni aku dapat satu rumah dengan 3 orang budak kelantan, 2 budak pahang, sorang budak melaka and 2 orang budak selangor termasuk aku la.Untungnya duduk upsi ni kolej dia macam rumah pangsapuri heheheeh..satu rumah 4 bilik, 1 bilik 2 orang. aku dapat 1 bilik dengan sorang kakak senior ni, sangat bestttttt!!! hehehehe...duduk dengan akak ni tak yah nak cover2, contohnya macam nak terkentut, kentut je la kuat mana pun, tak yah nak malu2, so aku pun dengan senang hatinya memang tak cover la hahahahaha.

Ok, lain hari la plak aku nak citer..nak tengok tv jap ok!! Chaw!!!!

No comments:

Post a Comment