Ini lagi kisah tentang hati. Hati aku yang sering berbelah bagi. Hati yang selalu mencurigai, hati yang selalu runsing dalam mencari erti cinta sejati. Ini kisah hati tentang manusia dengan manusia yang berlainan jenis tetapi memerlukan antara satu sama lain.Aku selalu bertanya pada diri, benar-benarkah dia mencintai? benar-benarkah luahan hati? atau hanya kerana simpati?. Aku bertanya lagi pada diri,jujurkah dia dalam menyayangi atau sekadar melepaskan sepi, apabila bertemu dengan insan yang benar-benar disayangi, aku akan ditinggalkan sepi. Aku sebenarnya takut untuk memberi hati pada mana-mana lelaki, takut untuk dikecewa buat sekian kali. Tapi apalah daya ini, kata hati mendahului. Aku inginkan dia sebagai kekasih, aku inginkan dia sebagai suami, aku inginkan dia sebagai pembimbing hidup untuk mencari kasih Illahi. Tapi aku masih tetap meragui, benar-benarkah dia menyayangi?? setiap insan pernah melakukan kesilapan dalam hidup ini, tapi entah mengapa aku tidak rela dia mendustai erti sumpah setia sebagai janji.
No comments:
Post a Comment