Wednesday, May 18, 2011

Aku??? Aku lah

Hari ni aku nak ceritakan pandangan orang tentang aku. Ramai kawan-kawan bagitau aku pandangan mereka masa mula-mula kenal aku. Ada seorang kawan kata muka aku muka orang sombong, tak nak senyum dan pendiam. sepatah orang tanya sepatah aku jawab.Tapi bila dah kenal dia tak sangka aku ni peramah dan terlebih ramah. Dia juga kata aku bermulut laser. Mulut laser tu ye la kot. Kadang-kadang aku cakap memang tak peduli hati,perasaan dan pandangan orang. Aku akan cakap apa sahaja yang aku rasakan betul dan aku nak luahkan. Orang kata aku juga cepat marah. Jujur, aku bukan jenis yang sabar, bila aku rasa nak marah, aku akan marah. Pada sesiapa sahaja aku akan luahkan marah aku. Tapi biasanya aku marah sekejap je dan aku tak simpan dalam hati. Cuma satu jek aku tak dapat terima, bila orang tipu dan lukakan hati aku. Aku senang tersenyum dan sangat mudah untuk maafkan setiap kesalahan, tapi sorry ye cakap aku tak mudah nak lupakan apa orang buat pada aku. Kadang-kadang aku fikir, buat apa aku nak jaga hati orang sangat, orang bukan jaga hati aku pun. So, jaga hati masing-masing sudah lah.. boleh tak macam tu??? 
Kawan juga kata aku pendiam. Hahaha..ni aku memang musykil ni. pendiam ke??? rasanya tak kott..cuma aku jenis orang yang TAK mudah mesra dengan orang terutamanya yang baru kenal. Kalau aku nak kenal seseorang tu biasanya akan ambil masa la. Kadang tu sampai bertahun hahahaha. Tapi bila dah kenal rapat, aku akan percaya dia 100% tanpa curiga (^__^). Aku bukan memilih kawan tapi berhati-hati pilih kawan. Orang kata kalau kita pandai pilih kawan, Insyaallah kita akan selamat n alhamdulillah kawan-kawan aku semua baik-baik sahaja. Nakal?? itu biasa la.
Haaa...ada seorang kawan kata aku suka merajuk. Hhahaah..ye kott..yang ni memang betul la kot. Bab-bab merajuk ni memang nombor satu. Orang selalu pujuk aku, tapi aku jarang nak pujuk orang (*__*). Sorry pada kawan-kawan yang selalu terpaksa layan rajuk aku....sekian (*__*).. 
P/s : AkU??? MemAnG AkU Laaa....

No comments:

Post a Comment