Wednesday, May 25, 2011

BeNcI

Benci awak! benci awak! 
awak selalu buat saya sedih!
awak selalu buat hati saya rasa sakit!
awak selalu buat saya rasa tersisih!
benci awak! benci sangat!
awak tak pernah nak jaga hati saya!
saya selalu jaga hati awak!
saya selalu cuba nak faham awak!
tapi awak tak pernah nak faham saya!
awak nak saya mengalah!
tapi awak sendiri tak pernah cuba untuk beralah!
saya benci awak!
awak kata awak sayang saya!
tapi awak tak pernah ambil berat pasal saya!
saya benci awak!
sungguh saya benci awak!
awak selalu buat saya menangis!
tapi awak tak pernah menangis untuk saya!
bila saya merajuk awak tak pernah cuba nak pujuk!
saya benci awak!!! benci sangat!!!!!!!! 



Saturday, May 21, 2011

sEhArI WiTh ThEm

hari jumaat adalah hari terakhir aku menjalani praktikum di SMKTIS, so semalam bebudak praktikum berkumpul untuk yang terakhir kalinya. Kami berkumpul di pantai remis jeram jek. Tak de budget nak pi jejauh hehe.. So pepagi lagi aku n syama dah cari ikn n aym untuk buat lauk tengahari coz kami cadang just nak makan reramai kat pantai. Boleh kata macam picnic la.. So nak citer banyak pun malas nak naip, jadi korang layankan jek la beberapa gmbr yang sempat kiteorg ambik dan aku upload..(^__^)
inilah lauk yang syama masak, aku tolong tengok jek dia masak

zul,philip,fitri, aku n syama

kerang...sodap dibakaoo begitu sajee

sweet la dayang..

yang baju biru tu syama n sebelahnye tu dayang

semua comel2 hikx3

bakoo..jgn tak bakoo

senyum sje tunggu kerang

smile everyone!!

Wednesday, May 18, 2011

Aku??? Aku lah

Hari ni aku nak ceritakan pandangan orang tentang aku. Ramai kawan-kawan bagitau aku pandangan mereka masa mula-mula kenal aku. Ada seorang kawan kata muka aku muka orang sombong, tak nak senyum dan pendiam. sepatah orang tanya sepatah aku jawab.Tapi bila dah kenal dia tak sangka aku ni peramah dan terlebih ramah. Dia juga kata aku bermulut laser. Mulut laser tu ye la kot. Kadang-kadang aku cakap memang tak peduli hati,perasaan dan pandangan orang. Aku akan cakap apa sahaja yang aku rasakan betul dan aku nak luahkan. Orang kata aku juga cepat marah. Jujur, aku bukan jenis yang sabar, bila aku rasa nak marah, aku akan marah. Pada sesiapa sahaja aku akan luahkan marah aku. Tapi biasanya aku marah sekejap je dan aku tak simpan dalam hati. Cuma satu jek aku tak dapat terima, bila orang tipu dan lukakan hati aku. Aku senang tersenyum dan sangat mudah untuk maafkan setiap kesalahan, tapi sorry ye cakap aku tak mudah nak lupakan apa orang buat pada aku. Kadang-kadang aku fikir, buat apa aku nak jaga hati orang sangat, orang bukan jaga hati aku pun. So, jaga hati masing-masing sudah lah.. boleh tak macam tu??? 
Kawan juga kata aku pendiam. Hahaha..ni aku memang musykil ni. pendiam ke??? rasanya tak kott..cuma aku jenis orang yang TAK mudah mesra dengan orang terutamanya yang baru kenal. Kalau aku nak kenal seseorang tu biasanya akan ambil masa la. Kadang tu sampai bertahun hahahaha. Tapi bila dah kenal rapat, aku akan percaya dia 100% tanpa curiga (^__^). Aku bukan memilih kawan tapi berhati-hati pilih kawan. Orang kata kalau kita pandai pilih kawan, Insyaallah kita akan selamat n alhamdulillah kawan-kawan aku semua baik-baik sahaja. Nakal?? itu biasa la.
Haaa...ada seorang kawan kata aku suka merajuk. Hhahaah..ye kott..yang ni memang betul la kot. Bab-bab merajuk ni memang nombor satu. Orang selalu pujuk aku, tapi aku jarang nak pujuk orang (*__*). Sorry pada kawan-kawan yang selalu terpaksa layan rajuk aku....sekian (*__*).. 
P/s : AkU??? MemAnG AkU Laaa....

Sunday, May 15, 2011

SeDiHnYa...

sedihnya hati ni bila aku ingat balik apa yang dia dah buat pada aku. Sedihnya hati ni bila ingat balik dia pernah tinggalkan aku mcm tu je sebab perempuan tu. Kadang-kadang aku terfikir aku tak kan dapat terima hakikat dia pernah curang, dia pernah keluar berdua dengan perempuan tu. Aku tak dapat terima. Walau kini dia datang kembali kesisi, dia cuba untuk memperbaiki kesilapan diri. Hakikat sebenar hati, aku tak dapat terima kecurangan diri. Tapi hakikat hati juga merelakan kehadirannya kembali. Hakikat hati yang masih menyayangi dan mencintai. Hakikat hati yang masih ingin memberi kemaafan kepada dirinya. Ya Allah, aku menangis lagi, mengenang segala perlakuannya, mengenang segala kesakitan yang pernah ku alami untuk melupakannya. Ya Allah, aku kalah lagi pada kata hati. Sungguh-sungguh aku inginkan dia sebagi pemimpinku,suami yang akan melindungi, menyayangi ku. Susah dan senang.Sungguh-sungguh aku inginkan dia sebagai suami dunia akhirat. Ya Allah, aku sangat takut andai dia meninggalkan aku lagi. Aku amat-amat takut andai dia memungkiri janji lagi. Ya Allah, aku mohon, hilangkanlah kesedihan dalam hati ini, hilangkan lah prasangka dalam diri ini. Sungguh kesedihan ini masih berbaki dalam hati, dan tak mungkin dapat dilupai. Aku boleh saja untuk memaafkan setiap kesalahan, namun tidak untuk melupakan. Ya Allah, aku rayu pada Mu, berilah ketenangan hati. Saat ini, aku masih menangis bila mengingati setiap janji yang telah dimungkiri, walau dia cuba untuk memulihkan hubungan kami.

P/S : Aku cInTa DiA sAmPaI mATi

Saturday, May 14, 2011

JaLaN-JaLaN

Hari ni aku nak cerita pasal jalan-jalan. minggu lepas kak hajar n nadia datang jalan kat rumah aku. Saje dieorg jalan-jalan kat tempat aku coz tak lama lagi masing-masing dah nak balik perak n johor. So pepagi lagi aku dh bgn dengan si Syama. aku duk kalut kemas rumah la, mak aku pi kenduri kawin rumah orang sebelah. aku tak pi pun, malas la. Lepas je siap kemas rumah aku pun kalut mandi n siap-siap nak pi kedai cari bahan-bahan masak. Hari tu aku plan nak buat ayam masak kicap dgn ikan bawal sweet sour la konon-kononya. Tapi bukan aku yang masak la, syama coz aku tak berapa reti nak masak. Lepas siap je semua, aku pun pi la ke pekan berdua dgn syama naik skuter kesayangan aku tu. Aku janji dengan kak hajar jmp kat petronas sg buluh coz kak hajar tak tau rumah aku. Then kiteorang pi la pantai atas permintaan nadia. Dia teringin nak pi pantai remis so aku bawak la. Tak lama pun, setengah je pastu kiteorg pun balik la rumah aku. Then aku pun kalut la duk tolong syama masak. Habis masak kami makan. Berselera sungguh kami makan hahaha..maklum lama dah tak makan sama-sama dengan mereka. Dlm kul 2 mcm tu, kami pun dok la bertolak pi plaza One kat Kuala selangor. Duk la tengok wayang. Momok jangan panggil aku tajuknya. Ok la, just utk release tension kan. habis je tgk wayang kami pun reramai pi pulak Bukit Malawati Kuala selangor. Saje duk tengok monyet hahaaha..pic aku upload lain hari ok

Tuesday, May 10, 2011

Sedih??

Aku sedih, lagi 2 minggu je lagi nak habis praktikum kat SMKTIS. Aku akan rindu pada students, pada guru, pada akak kerani, pada mkck kantin, pada tukang kebun, pada bilik guru..dan pada lain-lain. Sepanjang aku praktikum ni, alhamdulillah aku rasa gembira sangat walau ada duka dalam melayani karenah pelajar. Jujur, menjadi guru praktikum membuatkan aku lebih sabar dalam mengawal kemarahan dan kebencian. Hari demi hari yang aku lalui di SMKTIS membuatkan aku sentiasa tabah dan bersemangat untuk memulakan tugas sebagai seorang guru. Aku gembira bila student memberi salam dan senyum pada diri ini walau ada juga pelajar yang kurang ajar dan tidak boleh diajar. Tapi syukur, aku mendapat pelajar yang baik tetapi nakal. Nakal yang masih boleh dikawal, nakal yang membuat aku kadang-kala tersenyum sendirian. SMKTIS akan tetap dihati, terima kasih kerana memberi aku pengajaran yang tidak akan aku dapat di tempat lain.

Saturday, May 7, 2011

AkU sIbUk, AdA fAhAm?????????

Hari ni aku sibuk, sibuk sangat, nape aku sibuk? ye la sibuk fikir masa depan. Kawan-kawan aku ramai yang dah nak mendirikan rumah tangga, aku ni jugak yang masih macam ni, naik pelamin dah banyak kali tapi kawin tak lagi. Aku sibuk, sibuk cari penyelesai masalah cinta yang aku tengah hadapi sekarang ni. Bila agaknya aku boleh jadi seorang isteri ye?? Aku tension tengok orang bersanding. Ni ha, kat sebelah rumah aku ni pun tengah ada kenduri kawin, tension aku tengok!!! Aku ni dah sedia seratus peratus nak jadi isteri ni, tapi yang lelaki pulak tak sedia lagi, umur 27 baru nak minang aku...hai, apa lah nasib!!
P/S : SaYa RiNdU aWaK! tApI aWaK SeLaLu SiBuK. aWaK sUrUh sAyA fAhAm AwAk, TaPi AwAk tAk pErNaH nAk FaHaM SaYa!!!

Friday, May 6, 2011

SeKoLaH

Korang dah habis sekolah ke? atau masih bersekolah? seronok tak sekolah? mesti lah seronok. Banyak nostalgia aku nak cerita pasal sekolah ni. Dulu masa sekolah rendah korang pi naik ape? aku pi naik basikal jek. Tapi kat kampung tak kisah, ramai orang. So tak la takut sangat. Tak macam zaman sekarang, bebudak pi sekolah naik bas sekolah or ayah ibu hantar. Aku rasa budak-budak zaman sekarang sangat rugi kalau nak dibandingkan dengan zaman aku dulu. kenapa aku cakap rugi? diaorang tak merasa naik basikal terutamanya yang duduk kat bandar, yang duduk di kampung or pekan maybe masih lagi ada yang naik basikal. Tapi kat kampung aku ni, aku tengok ramai yang dihantar. Maybe sebab keselamatan kot, lori besar gajah banyak, besar naga pun banyak. Tapi bagi aku sekali-sekala bebudak ni kena la jugak berdikari. Baru lah diaorang rasa senenar-benarnya zaman kanak-kanak.

ok, apa lagi yang bebudak sekarang rugi jika dibandingkan dengan zaman aku? bebudak zaman sekarang dah tak hairan dengan permainan kampung, ye la Malaysia kan dah maju, so bebudak zaman sekarang layan video game jek ek. Bebudak zaman aku tak main video game, kami main guli, main layang-layang or main masak-masak. Nak cerita lebih panjang sangat, so kesimpulannya bebudak zaman sekarang rugi sebab diaorang tak pernah rasa susah, susah itu akan mengajar kita lebih berdikari tapi bebudak zaman sekarang banyak yang masih harap pada orang tua lag..rugi! sangat rugi!.

ok zaman aku sekolah dulu, cikgu-cikgunya sangat garang. aku ingat lagi, ada seorang cikgu pompuan ni, badan dia besar dan garang. kalau dia masuk kelas, nak dengan suara student pun susah, bunyi cicak jek korang boleh dengar, punya lah takut dengan cikgu sampai kalau dia masuk tak berani nak angkat muka. seram tengok. Tapi budak sekarang tak, kalau cikgu garang jek sikit, mula lah nak mengadu kat mak bapak. Mak bapak pulak pantang anak diaorang dimarah. Kat sini la silapnya mak bapak, marah guru bukan maksudnya benci tapi sayang nak mendidik. Ini la akibatnya kalau mak bapak terlalu manjakan anak. Dah la kat rumah tak reti nak didik anak, sampai berani kurang ajar dengan orang yang lebih tua, kat sekolah bila anak kena panggil bilik disiplin, mula la mak bapak kata cikgu tak pandai didik anak mereka. Bengong ke apa??? ko yang tak reti jaga anak, nak salahkan cikgu kat sekolah. Di sekolah cikgu kena bagi perhatian pada ramai student, bukan kat anak ko sorang jek. Pendidikan awal itu bermula di rumah wahai ibu ayah sekalian. Kalau kat rumah pun dah ko didik tak betul, jangan la salahkan cikgu yang terpaksa mendidik ramai pelajar. Ha, tu la, buat anak pandai, jaga anak hampeh!

kadang-kadang aku rasa kesian kat cikgu-cikgu di sekolah. semua kerja diaorang buat, kadang-kadang kerja kerani kat  sekolah pun diaorang nak kena buat. Lepas tu, mak bapak serahkan bulat-bulat jek anak mereka kat sekolah. Bila keputusan anak tak baik, mak bapak pun salahkan cikgu, kata cikgu tak pandai mengajar, tapi mak bapak tengok buku latihan anak setahun sekali pun  tak! datang mesyuarat PIBG pun tak! datang sain report card pun tak! yang diaorang tahu hanya menuding jari pada guru, semuanya salah guru!

aku hanya meluahkan apa yang aku rasa, apa yang lihat depan mata, dan aku harap sangat pelajar-pelajar supaya menghargai jasa dan perhatian yang guru bagi. Memang tak dinafikan ada guru yang tidak bertanggungjawab dan berdedikasi, tapi bukan alasan untuk kita benci pada orang yang bergelar GURU.



P/S : Andai aku boleh beri pilihan, aku ingin kembali menjadi pelajar, merasa hangatnya cubitan guru, kerana disitu letaknya pengajaran untuk menjadi manusia yang dinamakan insan.

Thursday, May 5, 2011

kAwAn PaRt TwO

Ok, kawan lagi? ye la kawan lagi...Banyak nak cerita tapi malas nak menaip.boleh macam tuuuu??? Aku share gambar je la pasal kawan ni..betapa aku sssaaaaaaaayyyyyyyyyyyaaaannnnnnnnnnnggggggggggggggg sangat pada mereka

Cyla..my best friend!!! miss u!!
cyla, me, nadia n kak hajar

Suke dengan ini Pic!! lagi2 suan! hahaha

syama n kak hajar!

kenangan raya terakhir di upsi.

nisa, my lovely friend


P/S : KaWan Itu PeNgHiBuR dUka (*___________*)

KaWaN-KaWan PaRt oNe

Hari ni aku nak cerita pasal kawan-kawan. Kawan-kawan? ha la, kawan-kawan, korang ada kawan ke tak?? aku ada dan korang pun mesti ada la. Ok sepanjang aku hidup kat bumi ni, aku jumpa ramai kawan dan alhamdulillah kawan-kawan aku semua baik-baik belaka. setakat ni tak ade lagi yang tak baik, tapi nakal tu biasa la. Takkan korang tak pernah nakal kot?. Antara kawan yang paling aku sayang?? ramai sebenarnya, tak terucap dengan kata-kata hehe. Antaranya, Niza,Nisa,Mai, Uya, Fatimah Ayub, Azie, Izra, Zu, Dilla, Jijah. Diaorg ni kawan satu sekolah time form 6, ada gak yang daripada tingkatan 1 and sekolah rendah. Kawan dengan diaorg ni sangat best. Macam Uya contohnya, dia ni bila gelak, mak aii..macam langsuir. Dia suka buat orang gelak dan dia ni berterus terang orangnya. Koje dah ko Uya yerr..aku ni duk menganggur lagi. Niza, haa niza ni tempat aku selalu kongsi masalah, dari form 6 sampai masuk U, kitaorang still bersama sebab sama U cuma Cos je yang berlainan. Kadang-kadang kalau dia rajin, dia tidur kat bilik aku And selalu aku share masalah aku dengan dia sama ada pasal cinta or family. Dia ni alim sikit hehehe berbanding aku dengan mai, Mai pun dapat gak satu U dengan aku so kadang-kadang kitaorang pergi makan sama-sama. Mai ni nampak je pendiam tapi sekali cakap koooo...mulut laser gila. Aku kalau dengan mai ni suka duk ngumpat orang. kalau ada orang lalu depan kita orang dan semacam je orangnya, terutamanya dari segi pakaian, biasanye aku pandang mai, mai pun pandang aku. Pastu kita orang sama-sama senyum. Haa bila dah senyum tu maknanya jap lagi akan jadi bahan umpatan la orang tu hehehe, jahat kan???.

Masa aku Study kat Upsi pun, ada gak kawan dan alhamdulillah semuanya baik-baik. Salah satunya Kak hajar. Kak hajar ni sangat baik dan aku dah anggap dia ni macam kakak aku sendiri, ye la, aku mana ada kakak kan? so aku anggap dia ni sebagai akak la. Lepas tu sabiha, aku panggil dia biha jek. Aku selalu pergi pasar tanjung malim dengan dia dan selalu share beli makanan. Biasanya aku share yong taufu dengan dia. Tak pun beli rojak singapore. Biasanya aku yang kena habiskan sebab dia kata nak deit. Apa la badan dah kurus macam lidi pun diet lagi. So aku yang jadi mangsa, dia tambah kurus, aku tambah gemok. biha, biha..ko kena bertanggungjawab atas kegemukan yang aku alami sekarang! hehehe. Lagi satu, bila aku rasa nak marah kat orang lain, aku luahkan kat dia. so kadang-kadang dia la yang kena ngadap marah aku. Cian ko biha, tak pe lah, dapat pahala. Ok, part Two aku sambung lain hari pulak lak boleh??

dari kiri, zu,siti, uya n maz

kakak kesayangan, Kak Hajar

cyla,tina..rindu kat korang

biha!!! bertanggungjawab atas kegemukan yang aku alami

cyla,nadia, maz n kak hajar

Tuesday, May 3, 2011

KIsah DiRi.......@ HarI Ni BOsAn TaHaB #$%^&* PaRt OnE

Ok, oleh sebab hari ini aku sangat bosan dan tak tau nak buat apa ngeeeeee..sebenarnya banyak kerja sekolah yang tertangguh tak buat lagi, tapi tak apa la, esok aku ingat nak bagi latihan dengan bincang cara buat esei pendidikan moral dalam exam la. Minggu depan nak exam dah. Aku sebagai guru berdedikasi (berdedikasi la sangat kononya) akan cuba memberi input berharga kepada pelajar yang disayangi supaya mereka lulus dalam exam hehehe. Ok balik pada kisah yang aku nak cerita ni tadi. Aku nak cerita sebenarnya pasal aku masa mula-mula masuk UPSI. Korang tahu tak UPSI tu apa? Ha meh aku nak citer, Upsi ni ialah Universiti pendidikan sultan idris yang terletak di tanjung malim perak Malaysia. Kalau mana-mana orang yang buta sejarah, Upsi ni la mula-mulanya tempat pejuang kemerdekaan bertapak. Dulu Upsi ni dikenali sebagai SITC (Sultan Idris traning college) kalau nak tahu lebih lanjut, rajinkan lah jari anda untuk mencari sejarah lama upsi.


Ok dulu masa lepas STPM, aku sangat berharap nak masuk UM. Tapi bila je dapat Upsi, aku macam down sekejap. Tapi aku kuatkan jugak semangat, aku pergi jugak daftarkan diri masuk Upsi sebab bukan senang nak masuk Universiti. So dengan redha dan tawakkal aku masuklah Upsi. Aku ingat lagi time tu, arwah nenek happy bila aku masuk Upsi. Aku ni duduk berdua je dengan arwah nenek, mak aku duk rumah lain, tapi dekat je la. Aku sangat bersyukur masa tu sebab duit yuran dah tersedia, Alhamdulillah masa aku nak masuk tu, duit kwsp mak aku keluar. So tak ade masalah lah. Tapi time tu jugak jauh kat sudut hati aku, aku sedih sangat tinggalkan nenek aku sorang-sorang. Nasib baik sepupu aku nak teman. Alhamdulillah.

Masa mula-mula aku masuk upsi aku dapat duduk di kolej Harun Aminurasid (KHAR). Time ni aku dapat satu rumah dengan 3 orang budak kelantan, 2 budak pahang, sorang budak melaka and 2 orang budak selangor termasuk aku la.Untungnya duduk upsi ni kolej dia macam rumah pangsapuri heheheeh..satu rumah 4 bilik, 1 bilik 2 orang. aku dapat 1 bilik dengan sorang kakak senior ni, sangat bestttttt!!! hehehehe...duduk dengan akak ni tak yah nak cover2, contohnya macam nak terkentut, kentut je la kuat mana pun, tak yah nak malu2, so aku pun dengan senang hatinya memang tak cover la hahahahaha.

Ok, lain hari la plak aku nak citer..nak tengok tv jap ok!! Chaw!!!!

LaGi KiSaH hAtI

Ini lagi kisah tentang hati. Hati aku yang sering berbelah bagi. Hati yang selalu mencurigai, hati yang selalu runsing dalam mencari erti cinta sejati. Ini kisah hati tentang manusia dengan manusia yang berlainan jenis tetapi memerlukan antara satu sama lain.Aku selalu bertanya pada diri, benar-benarkah dia mencintai? benar-benarkah luahan hati? atau hanya kerana simpati?. Aku bertanya lagi pada diri,jujurkah dia dalam menyayangi atau sekadar melepaskan sepi, apabila bertemu dengan insan yang benar-benar disayangi, aku akan ditinggalkan sepi. Aku sebenarnya takut untuk memberi hati pada mana-mana lelaki, takut untuk dikecewa buat sekian kali. Tapi apalah daya ini, kata hati mendahului. Aku inginkan dia sebagai kekasih, aku inginkan dia sebagai suami, aku inginkan dia sebagai pembimbing hidup untuk mencari kasih Illahi. Tapi aku masih tetap meragui, benar-benarkah dia menyayangi?? setiap insan pernah melakukan kesilapan dalam hidup ini, tapi entah mengapa aku tidak rela dia mendustai erti sumpah setia sebagai janji.

mEmOrY iN pAnGkOR

Memory di pangkor??? ye memory kat pangkor...rindu sgt time tu, itu la pertama kalinya aku belajar berdikari and cuba pergi bercuti tanpa keluarga disisi. Hanya teman2 yang temani. seronok sangat masa tu. itulah pertama kali kita org kene naik bas dr ipoh ke lumut. bukan sebarang  bas tau, bas yang penuh nostalgia hahaha...kat KL x kan jmp bas macam tu gua ckp luu..Rasanya tahun 70an punya bas kottt...Bile fikir2 blk, sangat manis kenangan itu. Kami berlima, pi la pulau pangkor tu dgn harapan dpt cuti2 Malaysia, hbskan hujung minggu. Maklumlah time tu masih study kat UPSI, so tension la skit.Banyak dugaan kite org kene tempuh...dugaan ke??? ye la, dugaan terutamanya tang bas tuuu...peh!! loteh!!! tapi best...So utk korang yang blm lg pi pulau pangkor, aku cadangkan pi laaaa...seronok bile dpt pergi dgn kawan2..rasanya susah nak kembali kenangan tu sebab kiteorg dah bwk haluan masing2, maklumlah dah nak hbs study..time konvo nanti tak tau la dapat jumpa ke tak..tapi yang pasti aku rinnndddddddddduuuuuuuuuuu sangat kat dieorg...


time tunggu bas tanjung malim ke ipoh


 fuhhhhhhh!!!! cun la siu

lapoo!!! makan dl..ni time tunggu bas ipoh ke lumut..lm tungguuuuuu

Tarrraaaaa!!!!!! sampai sudah pulau pangkor

sebelum naik bot!! fuhh fobia!! dari kiri, siu,mai,niza,maz n kristy

abg ni pun nak interfrme gituu...smile!! siu n kristy

dalam ferry

rindu kat korang sume!!!

Sunday, May 1, 2011

 Haaaa knl tak yg kat atas tu gmbr sape??? hik3, tu la gmbr pakwe aku yg hensem lg kacak bergaya..ngeee..hehehe x la, ni la gmbr artis taiwan yg aku minat sgt, joe Cheng  @Zheng Yuan Chang, Suka sgt tgk lakonan dia dalam it's start with a kiss. Sangat best gituuuuuuuuu

NoVeL

NOvel, aku dulu minat giler baca novel. Tapi sekarang dah kurang baca novel, bukan dah tak minat tapi aku kesuntukkan waktu. Al maklumlah orang sibuk memang gitu gayanya kan? ngeeeee..Novel yang paling aku sayang dan minat ialah pergilah sepi, tulisan Fauziah ashari. best sangat novel nie. Pastu novel anis ayuni, gemersik kalbu, yang terindah, dan manisnya cinta. Aku pun bercita-cita nak tulis novel tapi tak tau la bila hehehehe...maklum la bz mengalahkan perdana menteri hehehehehehe......