Monday, July 18, 2011

Rentak hati..

Duhai hati.. 
tenangkan perasaan sedihmu seketika..
tanamkan dalam diri kesedihan ini akan berlalu pergi..
lalu pintu kebahagiaan kan terbuka luas mengetuk jendela hati...

Duhai hati...
walau apapun yang telah terjadi...
senyumlah selagi hayat masih disini...
Bersyukurlah pada Illahi kerana dipilih untuk ujian ini...
Buktikanlah cintamu pada Illahi...
Kerana itu yang lebih menjamin nasibmu di tempat hakiki...

Duhai hati...
Biar seribu kali engkau dillukai...
Biar sejuta kali engkau diguris...
Oleh janji manis seorang lelaki...
Jangan biarkan dendam menghuni diri...
kerana akhirnya itu akan memakan diri...

Duhai hati...
Tenanglah engkau tenangkan diri...
Allah sangat mengasihi...
Hambanya yang sering meredhai takdirnya hidup ini...

No comments:

Post a Comment