Tuesday, July 12, 2011

Remove

Buat pertama kalinya dalam hidup, aku telah melepaskan orang yang paling aku sayang pergi dari hidup. Buat pertama kalinya, aku sedar bahawa ini adalah takdir yang aku harus jalani. Malam ini aku menangis lagi. Puas aku cuba untuk menyedapkan hati bahawa dia masih menyayangi, tapi hakikatnya terasa pedih dalam hati. Aku menangis lagi dan aku berharap ini adalah tangisan terakhir diriku buat dia. Aku sudah tidak mampu menunggu, mengharap sedang dia tak pernah untuk cuba memahami. Sedih, siapa yang tak sedih bila lelaki yang paling kita cintai pergi mencari kebahagiaan bersama orang lain sedangkan aku masih disini, menanti dan terus menanti? persoalannya sampai bila? Aku sudah tidak mahu menangis, aku janji, ini adalah yang terakhir aku menangis kerana dia. Kadang-kadang aku berharap agar aku dapat menukar hatiku dengan orang lain agar tidak akan ada sekelumit cintaku pada dia. Kadang-kala aku berharap agar aku hilang ingatan agar aku tidak mengingatnya kembali...

No comments:

Post a Comment