Sabar adalah satu perkataan yang sangat mudah disebut. Namun berapa ramai orang yang sanggup untuk bersabar hingga saat terakhir? Aku selalu tanamkan dalam diri untuk sentiasa bersabar, sabar dengan setiap cabaran, ujian dan dugaan tapi hakikatnya aku mengaku aku selalu kalah pada rasa amarah dalam diri. Aku selalu menangis kekesalan kerana rapuhnya iman aku sampaikan kadang kala aku berputus asa lalu menyalahkan takdir. Setiap hari aku berjanji, setiap hari aku berharap agar hari-hari yang aku lalui dapat dihadapi dengan kesabaran. Sabar sebahagian daripada iman, itu yang aku tanamkan dalam hati. Tuhan, ku harap Kau ampuni aku. Aku selalu menangis sambil mempersoalkan takdir Tuhan. Kenapa begitu hidupku? mengapa aku yang Kau pilih untuk ujian ini? Ya Allah, ampuni aku, ampuni aku.
No comments:
Post a Comment