Sunday, June 26, 2011

entry Ini uNtUk AkU sAhAJa

Ok, assalamualaikum kepada diri aku sendiri sebab blog ini aku tulis hanya untuk diri aku sendiri. Aku suka menulis dan masa zaman aku sekolah dulu, cikgu BM selalu puji aku sebab karangan aku sentiasa yang terbaik. Tapi bila aku masuk zaman Universiti, minat untuk menulis seakan tiada lagi. Aku pernah tanamkan dalam diri untuk menjadi seorang penulis novel, novel ok, bukan skrip. Namun cita-cita hanya menjadi angan-angan sebab sekarang minat aku terhadap bidang penulisan seakan mati seperti matinya perasaan yang sedang aku alami ini. Novel pertama yang aku beli dan baca adalah pergilah sepi. Itu novel yang mencambahkah lagi minat aku untuk menulis. Aku pernah menulis tetapi hanya sekerat jalan sahaja. Bila idea mula hilang, aku pun mula bosan. Bosannn..........

No comments:

Post a Comment