Thursday, June 30, 2011

i love him...forever..

Aku sayangkan dia..aku cintakan dia dan aku tidak mampu untuk kehilangan dia. Tapi kenapa dia selalu lukakan hati aku? kenapa dia selalu mainkan perasaan aku? dan kenapa aku mudah memaafkan dan melupakannya? sedang aku tidak mahu kehilangannya...sedang aku takut kehilangannya...aku mahu dia!! aku mahu dia!! forever!!!!

Sunday, June 26, 2011

entry Ini uNtUk AkU sAhAJa

Ok, assalamualaikum kepada diri aku sendiri sebab blog ini aku tulis hanya untuk diri aku sendiri. Aku suka menulis dan masa zaman aku sekolah dulu, cikgu BM selalu puji aku sebab karangan aku sentiasa yang terbaik. Tapi bila aku masuk zaman Universiti, minat untuk menulis seakan tiada lagi. Aku pernah tanamkan dalam diri untuk menjadi seorang penulis novel, novel ok, bukan skrip. Namun cita-cita hanya menjadi angan-angan sebab sekarang minat aku terhadap bidang penulisan seakan mati seperti matinya perasaan yang sedang aku alami ini. Novel pertama yang aku beli dan baca adalah pergilah sepi. Itu novel yang mencambahkah lagi minat aku untuk menulis. Aku pernah menulis tetapi hanya sekerat jalan sahaja. Bila idea mula hilang, aku pun mula bosan. Bosannn..........

Thursday, June 23, 2011

Simfoni kasih

sape pernah dengar lagu simfoni kasih nyanyian Fauziah Ahmad Daud??? Lm x dgr lagu tu...meruntun kalbuku hehehe...

Dengarlah lagu merdu
Simfoni rayuan kalbu
Membisik rasa pilu
Hati rindu
Tersusun nada cinta
Kau bisik seribu kata
Membelai jiwa lara
Hati luka
Korus
Pohon daku di angin lagu
Bawakanlah simfoni syahdu
Sampaikanlah lagu hati ku
Untuk mu simfoni kasihku
Dengarlah lagu merdu
Simfoni rayuan kalbu
Membisik rasa pilu
Hati rindu

Sunday, June 19, 2011

Tired!!!

Aku penat sangat. 2 minggu kerja tanpa cuti, 7 hari seminggu aku tak duduk umah! dah macam sarang tikus bilik aku. Apa nak buat, aku penat...penat sangat...huh!!!

Sunday, June 5, 2011

SaBaR

Sabar adalah satu perkataan yang sangat mudah disebut. Namun berapa ramai orang yang sanggup untuk bersabar hingga saat terakhir? Aku selalu tanamkan dalam diri untuk sentiasa bersabar, sabar dengan setiap cabaran, ujian dan dugaan tapi hakikatnya aku mengaku aku selalu kalah pada rasa amarah dalam diri. Aku selalu menangis kekesalan kerana rapuhnya iman aku sampaikan kadang kala aku berputus asa lalu menyalahkan takdir. Setiap hari aku berjanji, setiap hari aku berharap agar hari-hari yang aku lalui dapat dihadapi dengan kesabaran. Sabar sebahagian daripada iman, itu yang aku tanamkan dalam hati. Tuhan, ku harap Kau ampuni aku. Aku selalu menangis sambil mempersoalkan takdir Tuhan. Kenapa begitu hidupku? mengapa aku yang Kau pilih untuk ujian ini? Ya Allah, ampuni aku, ampuni aku. 

Friday, June 3, 2011

Soalan yang paling aku bosan nak jawab


Setiap orang ada impian masing-masing. Biasalah, antara impian aku mestilah nak kawin dengan kekasih hati pengarang jantung melukis hati. Korang pun mestilah nak kawin jugak kan??? siapa tak nak kahwin tu tak normal la kiranya tu. Tapi aku rasa belum sampai masanya aku nak kahwin. Perkara utama yang buat aku tak nak kahwin lagi sebab duit tak ada. Aku ni kerja pun tak lagi so tak boleh kahwin. boleh terima tak alasan aku ni?? Oleh sebab aku tak kahwin lagi so mintak la kat orang di luar sana supaya jangan tanya aku bila nak kahwin. Aku cukup bosan dengan soalan ni. Korang jangan risau kalau aku nak kahwin aku akan bagitahu satu dunia ok. Satu dunia??? ye la satu dunia, dah sibuk sangat asyik tanya bila nak kahwin. So kalau aku buat muka blur-blur tu bila ada orang tanya soalan yang paling bosan, mintak maaflah yek..!! akhir kata JANGAN TANYA AKU SOALAN TENTANG KAHWIN!! 
*Ini belanja kahwin zaman dulu, zaman sekarang?? fikir sendiri!!