Tuesday, April 22, 2014

hari yang panjang

Terlalu lama aku tidak menulis didalam blog ini.. Kesibukan tugas membuatkan aku hampir lupa bahawa aku mempunyai diari.Terlalu banyak yang ingin ku luahkan tetap aku tidak tahu dari mana harus aku mulakan. siang tadi, panitia sejarah telah mengadakan pertandingan membuat bubu. Aku ditugaskan untuk memantau pelajar-pelajar tersebut. Jujur, akuu sedih melihat kesungguhan mereka sedangkan hadiah yang ditawarkan tidaklah setanding dengan usaha mereka. Mereka sanggup meredah hutan untuk mencari buluh. Serius aku sedih melihat mereka. Melihat mereka bangaikan mengimbau kenangan silam zaman persekolahan. Aku sangkakan aku sudah cukup susah, namun tanpa ku sedari ada yang lebih susah. Ya Allah, sesungguhnya aku kufur dengan nikmat-Mu. Menyusuri perjalanan mereka untuk kesekolah sudah membuatkan hatiku tersentuh. Betapa ketabahan sudah sebati dalam diri mereka. Kasarnya, kita melihat mereka seperti pelajar lain, nakal dan tidak mendengar kata, namun jauh disudut hati, mereka terlalu tabah menempuh hidup dalam serba kekurangan. Seawal Jam 6 pagi sudah menunggu di tepi sungai untuk menaiki feri. Kemudian perlu pula menaiki bas sekolah untuk ke sekolah. Betapa tegarnya mereka!Ku bandingkan kesusahan yang kualami sewaktu ketika dulu, aghh...hakikatnya nasib ku lebih terbela! Berbalik pada pertandingan bubu, kumpulan mereka tidak sempat untuk menyiapkan bubu tersebut. Jam sudah menunjukkan 5.30 petang. Mereka perlu pulang segera untuk menaiki feri menyeberangi sungai. Satu perkataan yang membuatkan ku tersentap " balik nanti mahu cari buluh lagi " wah betapa semangatnya mereka untuk membuat bubu. Nikmatnya mengajar murid kampung, mudah dibentuk dan rajin pula. Aku bertanya, tak penat ke? balik dah nak malam?. "tak apa cikgu, sudah biasa" jawabnya jujur. Ya Allah... murninya hati mereka. Ya Allah, semoga mereka diberi hidayahMu untuk memeluk agama islam ini.

P/S:Kehidupan bukan sekadar untuk merasa simpati tetapi empati.

Friday, November 8, 2013

Catatan sebuah perjalanan

Suatu perjalanan hidup yang panjang telah aku tempuhi. Kesukaran, dugaan, kesedihan tak dapat diselindungi lagi. Segala kepayahan terbalas kini.Terbalas..Hasilnya, nikmatnya manis bak madu asli Rezeki Illahi. Namun, dilubuk hati yang kesunyian, jauh nun diperantauan, tiada teman yang benar-benar mengerti apa itu perkongsian, aku lalui sendiri demi sebuah kejayaan. Demi sebuah perjuangan. Nun jauh million batu perginya, mereka-mereka yang ku sayang sentiasa mendoakan keberadaan ku disini.

Kenangan dulu silih berganti menari dilayar memori, mengamit sejuta rasa kesyaduan. Mana? Bila? aku perlu mengulangi semula. waktu..ah waktu masakan mahu berhenti..Perjalanan perlu dilalui sama ada rela atau paksa.kerinduan menjadikan aku berdikari tepat pada jalannya. Kesedihan mengajar aku apa itu sebenar erti pengorbanan, dan senyuman manis ku ukir mekar agar hati mengerti, ini hanya permulaan.

Jauh..masih jauh yang perlu aku jalani..berlari laju atau berjoging perlahan laluan pasti sukar tetap aku redahi. Teman, aku perlukan teman, seperti mereka nun jauh di seberang bumi. Yang mengerti sifat dan peribadi diri. Kak hajar..rindunya maz pada kak hajar tak pernah pudar...senyum..senyuman kak Hajar tak pernah maz lupa..kita bukan saudara apatah lagi keluarga...Tapi kak Hajar lebih dari sebuah ikatan..yang maz namakan persahabatan.

p/s : Kadang kala hidup terlalu payah untuk dimengerti..mengapa begitu? mengapa begini tak perlu di pertikaikan. kelak akhirnya kita tetap berada dipersimpangan...pertemuan atau perpisahan.

Saturday, August 31, 2013

lirik lagu

Ok,kat bawah ni adalah lagu2 yang aku paling suka. Jadinya, aku bosan danlama sangat tak da entry kan? aku pun post la lirik2 lagu hehe :-D



Lirik Lagu Angin Syurga – Misha Omar
Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

Ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri ..

Sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku… tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibir mu .. bibir mu

Tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi




"If You're Not The One"
If you’re not the one then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I'll never know what the future brings
But I know you're here with me now
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don’t need you then why am I crying on my bed?
If I don’t need you then why does your name resound in my head?
If you’re not for me then why does this distance maim my life?
If you’re not for me then why do I dream of you as my wife?

I don’t know why you’re so far away
But I know that this much is true
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you’re the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
‘Cause I love you, whether it’s wrong or right
And though I can’t be with you tonight
You know my heart is by your side

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I could stay in your arms


Muse-Unintended

You could be my unintended 
Choice to live my life extended 
You could be the one I'll always love 
You could be the one who listens to my deepest inquisitions 
You could be the one I'll always love 

I'll be there as soon as I can 
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before 

First there was the one who challenged 
All my dreams and all my balance 
She could never be as good as you 

You could be my unintended 
Choice to live my life extended 
You should be the one I'll always love 

I'll be there as soon as I can 
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before 

I'll be there as soon as I can 
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before 

Before you
 

Monday, May 13, 2013

Edisi tak ada kerja

Oleh kerana sepanjang 3 minggu ni adalah minggu peperiksaan, aku pun agak bersenang lenang kerana tak perlu menyediakan bbm untuk student. hehehehe..dan oleh kerana aku tak sediakan, maknanya aku tak de kerja la! wuhawuha!!! bukan selalu dapat rest macam ni kan??? amboi makan gaji buta nampak?? gajio buta?? sorry sikit ek...walaupun tak de keja tapi aku masih menggunakan masa-masa terluang itu untuk mencari bahan-bahan baru dan tugas-tugas sampingan yang lain, seperti mengira duit kelas, menjadi kerani dan lain-lain. Reti???

Oleh kerana agak lapang masaku juga, minda dan fikiran aku ni kan tak henti-henti duk berangan! aiyaaaaaaaaa sudah tua pun berangan lagi ka? habis nak buat macam mana! tapi sungguh berangan itu melalaikan! Ya Allah, moga diampunkan dosaku ini!

lagi 2 minggu je sekolah nak cuti heheheh...yeeeeeeeeee dapat balik kampung! hooooooooooreeyyyyyyy!!!!! walaupun terjojol mata aku membeli tiket fligt tapi kerana rindu dan kasihku pada ibu dan kampung halaman, aku tutup mata jelah! Redha!  Apa-apa pun kegembiraan ini tak terucap dengan kata-kata..rindu sangat kat mak......tetiba touching la pulak aku rasa :-(. well, siapa yang tak rindu kan? bila jarang balik, hanya dapat dengar suaranya sahaja...so hargailah ibu selagi mana dia masih ada...pada kawan-kawan yang dirantauan mencari rezeki...pulanglah (macam lagu raya aisyah). Habis duit boleh dicari...hilang mak...menangis pun tak guna lagi... kannnnnnnnn????




Tuesday, May 7, 2013

SEMOGA TABAH!




Kita! antara kau aku dan dia! aku cinta...manakah kita...andainya bibir boleh berbicara ketika mata bertentang..alangkah indahnya! andai kata malu hilang pasti sudah ku khabarkan kepada mu bahawa aku cinta! cinta! cinta!

Friday, May 3, 2013

It time maybe????

Cinta yang membawa mati
Assalamualaikum. Jejariku rasanya sudah lama tidak berlari menari di alam maya ini. Seperti kebiasaannya, kesibukan menjadi batu kekangan untuk meluah isi hati. Ya. kesibukan juga membuatkan aku masih sendiri. Nun jauh ditempat orang, aku sendiri ditemani Illahi menempuh perjalanan hidup yang masih berbaki sedikit sahaja lagi. Umurku genap menganjak ke 26 tahun pada 17 april yang lalu. Seakan tak percaya namun itu hakikatnya. masih terbayang mungkin, aku berbasikal ke sekolah, masih terbayang mungkin aku berhimpit untuk membeli tiket bas ke tanjung malim. Oh! semuanya memori belaka. Dunia Universiti ku tinggalkan hampir 2 tahun ku tinggal.Rindu pada sahabat yang ku kenal 5 tahun dulu! 

Alam pekerjaan aku tempuh dengan kesabaran. Dan aku seperti remaja kembali bila hati berdetik untuk mencintai. Kian lama mungkin hati terkunci setelah 'dia' memungkiri. Kini hadirnya insan membuat aku lemas dalam nafas sendiri. Aku cuba menahan mata daripada melihatnya, namun bayangnya dia yang ku jejak dulu. Aku cuba pekakkan telinga agar suaranya tidak kedengaran namun senyumnya mematahkan jantung hatiku. Ya Allah, aku inginkan cinta yang suci yang dipatri dengan ijab dan kabul. Bukan cinta dari syaitan yang sentiasa memainkan hati.

Sesaat aku kuatkan diri, moga dia jodohku nanti. Sampai saat itu aku tekad rasa hati biar aku pendam sendiri. Namun jika bukan dia jodohku, aku tekad biar hatiku remuk luka aku tetap bersyukur pada Illahi.


Thursday, April 11, 2013

Bila sejarah menjadi Sejarah

Sejarah wajib lulus 2013?? oh aku jadi tertekan! terasa berat nak memikul amanah yang diberikan. Aktiviti p&p aku pastikan mantap dari biasa. Agar kelak bisa membantu pelajar mencapai keputusan yang bagus! ya! A's bukan la segalanya-galanya tapi nak masuk Universiti A's tu la yang di kira! Ya Allah...Amanah sebagai seorang pendidik perlu dilunaskan. Itulah perjanjian ku dengan Tuhan saat impian sebagai pendidik menjadi kenyataan!

Dan Bila sejarah menjadi barah..setiap hari terpaksa memarahi, menasihati dan mengugut pelajar agar menumpukan perhatian1 Sejarah perlukan kecintaan..Buku wajid di khatam 3-4 kali! Hakikat yang perlu ditelan oleh pelajar..sama ada paksa atau rela! tiada cara mudah untuk berjaya! seringkas mana nota kamu! teks tetap menjadi panduan. Tolonglah sedar muridku sekalian. Bukan A's yang gurumu ini pinta...cukuplah sekadar melepasi SIJIL SPM mu itu sayang!

Malas?? oh itu tidak akan membawa kau ke mana-mana! sedar dan sedar! sejarah itu perlukan pengorbanan.Mata dipejam akal berimiginasi! WAJIB!!! 

P/S: BILA SEJARAH MENJADI SEJARAH...AKU TERKENANG SEJARAH MEMBAWA SERIBU MAKNA YANG BERSEJARAH!!!