Tuesday, April 22, 2014

hari yang panjang

Terlalu lama aku tidak menulis didalam blog ini.. Kesibukan tugas membuatkan aku hampir lupa bahawa aku mempunyai diari.Terlalu banyak yang ingin ku luahkan tetap aku tidak tahu dari mana harus aku mulakan. siang tadi, panitia sejarah telah mengadakan pertandingan membuat bubu. Aku ditugaskan untuk memantau pelajar-pelajar tersebut. Jujur, akuu sedih melihat kesungguhan mereka sedangkan hadiah yang ditawarkan tidaklah setanding dengan usaha mereka. Mereka sanggup meredah hutan untuk mencari buluh. Serius aku sedih melihat mereka. Melihat mereka bangaikan mengimbau kenangan silam zaman persekolahan. Aku sangkakan aku sudah cukup susah, namun tanpa ku sedari ada yang lebih susah. Ya Allah, sesungguhnya aku kufur dengan nikmat-Mu. Menyusuri perjalanan mereka untuk kesekolah sudah membuatkan hatiku tersentuh. Betapa ketabahan sudah sebati dalam diri mereka. Kasarnya, kita melihat mereka seperti pelajar lain, nakal dan tidak mendengar kata, namun jauh disudut hati, mereka terlalu tabah menempuh hidup dalam serba kekurangan. Seawal Jam 6 pagi sudah menunggu di tepi sungai untuk menaiki feri. Kemudian perlu pula menaiki bas sekolah untuk ke sekolah. Betapa tegarnya mereka!Ku bandingkan kesusahan yang kualami sewaktu ketika dulu, aghh...hakikatnya nasib ku lebih terbela! Berbalik pada pertandingan bubu, kumpulan mereka tidak sempat untuk menyiapkan bubu tersebut. Jam sudah menunjukkan 5.30 petang. Mereka perlu pulang segera untuk menaiki feri menyeberangi sungai. Satu perkataan yang membuatkan ku tersentap " balik nanti mahu cari buluh lagi " wah betapa semangatnya mereka untuk membuat bubu. Nikmatnya mengajar murid kampung, mudah dibentuk dan rajin pula. Aku bertanya, tak penat ke? balik dah nak malam?. "tak apa cikgu, sudah biasa" jawabnya jujur. Ya Allah... murninya hati mereka. Ya Allah, semoga mereka diberi hidayahMu untuk memeluk agama islam ini.

P/S:Kehidupan bukan sekadar untuk merasa simpati tetapi empati.

No comments:

Post a Comment