Monday, May 13, 2013

Edisi tak ada kerja

Oleh kerana sepanjang 3 minggu ni adalah minggu peperiksaan, aku pun agak bersenang lenang kerana tak perlu menyediakan bbm untuk student. hehehehe..dan oleh kerana aku tak sediakan, maknanya aku tak de kerja la! wuhawuha!!! bukan selalu dapat rest macam ni kan??? amboi makan gaji buta nampak?? gajio buta?? sorry sikit ek...walaupun tak de keja tapi aku masih menggunakan masa-masa terluang itu untuk mencari bahan-bahan baru dan tugas-tugas sampingan yang lain, seperti mengira duit kelas, menjadi kerani dan lain-lain. Reti???

Oleh kerana agak lapang masaku juga, minda dan fikiran aku ni kan tak henti-henti duk berangan! aiyaaaaaaaaa sudah tua pun berangan lagi ka? habis nak buat macam mana! tapi sungguh berangan itu melalaikan! Ya Allah, moga diampunkan dosaku ini!

lagi 2 minggu je sekolah nak cuti heheheh...yeeeeeeeeee dapat balik kampung! hooooooooooreeyyyyyyy!!!!! walaupun terjojol mata aku membeli tiket fligt tapi kerana rindu dan kasihku pada ibu dan kampung halaman, aku tutup mata jelah! Redha!  Apa-apa pun kegembiraan ini tak terucap dengan kata-kata..rindu sangat kat mak......tetiba touching la pulak aku rasa :-(. well, siapa yang tak rindu kan? bila jarang balik, hanya dapat dengar suaranya sahaja...so hargailah ibu selagi mana dia masih ada...pada kawan-kawan yang dirantauan mencari rezeki...pulanglah (macam lagu raya aisyah). Habis duit boleh dicari...hilang mak...menangis pun tak guna lagi... kannnnnnnnn????




No comments:

Post a Comment