Monday, May 13, 2013

Edisi tak ada kerja

Oleh kerana sepanjang 3 minggu ni adalah minggu peperiksaan, aku pun agak bersenang lenang kerana tak perlu menyediakan bbm untuk student. hehehehe..dan oleh kerana aku tak sediakan, maknanya aku tak de kerja la! wuhawuha!!! bukan selalu dapat rest macam ni kan??? amboi makan gaji buta nampak?? gajio buta?? sorry sikit ek...walaupun tak de keja tapi aku masih menggunakan masa-masa terluang itu untuk mencari bahan-bahan baru dan tugas-tugas sampingan yang lain, seperti mengira duit kelas, menjadi kerani dan lain-lain. Reti???

Oleh kerana agak lapang masaku juga, minda dan fikiran aku ni kan tak henti-henti duk berangan! aiyaaaaaaaaa sudah tua pun berangan lagi ka? habis nak buat macam mana! tapi sungguh berangan itu melalaikan! Ya Allah, moga diampunkan dosaku ini!

lagi 2 minggu je sekolah nak cuti heheheh...yeeeeeeeeee dapat balik kampung! hooooooooooreeyyyyyyy!!!!! walaupun terjojol mata aku membeli tiket fligt tapi kerana rindu dan kasihku pada ibu dan kampung halaman, aku tutup mata jelah! Redha!  Apa-apa pun kegembiraan ini tak terucap dengan kata-kata..rindu sangat kat mak......tetiba touching la pulak aku rasa :-(. well, siapa yang tak rindu kan? bila jarang balik, hanya dapat dengar suaranya sahaja...so hargailah ibu selagi mana dia masih ada...pada kawan-kawan yang dirantauan mencari rezeki...pulanglah (macam lagu raya aisyah). Habis duit boleh dicari...hilang mak...menangis pun tak guna lagi... kannnnnnnnn????




Tuesday, May 7, 2013

SEMOGA TABAH!




Kita! antara kau aku dan dia! aku cinta...manakah kita...andainya bibir boleh berbicara ketika mata bertentang..alangkah indahnya! andai kata malu hilang pasti sudah ku khabarkan kepada mu bahawa aku cinta! cinta! cinta!

Friday, May 3, 2013

It time maybe????

Cinta yang membawa mati
Assalamualaikum. Jejariku rasanya sudah lama tidak berlari menari di alam maya ini. Seperti kebiasaannya, kesibukan menjadi batu kekangan untuk meluah isi hati. Ya. kesibukan juga membuatkan aku masih sendiri. Nun jauh ditempat orang, aku sendiri ditemani Illahi menempuh perjalanan hidup yang masih berbaki sedikit sahaja lagi. Umurku genap menganjak ke 26 tahun pada 17 april yang lalu. Seakan tak percaya namun itu hakikatnya. masih terbayang mungkin, aku berbasikal ke sekolah, masih terbayang mungkin aku berhimpit untuk membeli tiket bas ke tanjung malim. Oh! semuanya memori belaka. Dunia Universiti ku tinggalkan hampir 2 tahun ku tinggal.Rindu pada sahabat yang ku kenal 5 tahun dulu! 

Alam pekerjaan aku tempuh dengan kesabaran. Dan aku seperti remaja kembali bila hati berdetik untuk mencintai. Kian lama mungkin hati terkunci setelah 'dia' memungkiri. Kini hadirnya insan membuat aku lemas dalam nafas sendiri. Aku cuba menahan mata daripada melihatnya, namun bayangnya dia yang ku jejak dulu. Aku cuba pekakkan telinga agar suaranya tidak kedengaran namun senyumnya mematahkan jantung hatiku. Ya Allah, aku inginkan cinta yang suci yang dipatri dengan ijab dan kabul. Bukan cinta dari syaitan yang sentiasa memainkan hati.

Sesaat aku kuatkan diri, moga dia jodohku nanti. Sampai saat itu aku tekad rasa hati biar aku pendam sendiri. Namun jika bukan dia jodohku, aku tekad biar hatiku remuk luka aku tetap bersyukur pada Illahi.