Tuesday, December 11, 2012

Sejarah itu Indah

Assalamualaikum.
Waktu malam begini, aku seakan digamit memori. Iringan piano "time forgets" alunan Yiruma menambahkan lagu keinginanku untuk menjejaki sejarah silam hidupku. Sungguh dalam kehidupan, manusia akan selalu terlupa atau sengaja lupa akan sejarah kehidupan mereka. Apa yang mereka lalui hari ini, belum tentu akan diingati 10 tahun akan datang. begitu juga aku. Terlalu banyak yang telah aku lupa. Mungkin silapku juga...mungkin patut setiap manusia mencatat akan kegiatan harian mereka, kerana suatu hari nanti kamu, kami, anda, kita semua akan menegenang kembali sejarah hidup. Sejarah hidup yang membuatkan siapa kita hari ini. Sejarah perjalanan suka duka hidup seorang insan yang bernama manusia. 

Masa telah berlalu, mana mungkin mampu kita kembali ke masa lalu. Semalam kita sudah jadi sejarah. Hari ini juga akan menjadi sejarah. Esok pasti bersejarah. Manusia yang hidupnya berprinsipkan sejarah, Insyaallah akan berjaya. tetapi manusia yang lupa sejarah, mungkin mengulanginya. Alhamdulillah, kerana sejarah semalam telah menjadikan aku manusia sebenar-benar manusia pada hari ini, dan insyaallah pada masa akan datang. Kadang, aku lupa, lalai dalam mengejar nafsu hingga tanpa sedar sejarah duka ku ulang berkali-kali. keinsafan acap kali menyinggah, tetapi malang, hanya sebentar cuma. Namun masihku cuba sedaya upaya, untuk tidak mengulangi apa yang telah terjadi. 

Teman-teman, jangan lupa pada sejarah, sejarah mengajar kita erti kehidupan dan sejarah cukup manis untuk dikenang walau pahit semasa menelan :-) Salam sejarah untuk semua!

p/s: Aku adalah guru sejarah (^_____~)

No comments:

Post a Comment