Thursday, December 13, 2012

Bola dan Facebook

Salam. Sekarang sedang berlangsung perlawanan Bola sepak antara Malaysia dengan Thailand. Aku melihat banyak sungguh post di Facebook tentang perlawanan tersebut. Ramai yang tidak berpuas hati dengan pengadil yang mengadili perlawanan itu, dan aku melihat banyaklah sungguh sumpah seranah, maki memaki terjadi di Facebook. Semuanya gara-gara BOLA. Jujur aku bukan peminat bola. Tengok bola? Oh! tidur lagi berbaloi. Namun sebagai warganegara yang patriotik, aku tetap menyokong Malaysia. Biar kalah, Malaysia tetap terbaik. Betul tak??? 

Manusia. Bila marah, segala perkataan terlontar. Hilang akal, hilang pedoman! Itulah sebab Nabi Muhammad saw menyuruh kita mengambil wudhuk ketika marah. Aku pun kadang kala terlepas laku akibat amarah. Malah ketika zaman remaja aku yang diliputi amalan jahiliah, aku sering bertindak diluar kawalan ketika marah. Pernah aku bertumbuk dengan abang aku ketika bergaduh. Pernah juga aku menghempas TV ketika marah dan pernah juga aku memaki nenek dan Emak.Semuanya gara-gara marah. Mata hati menjadi buta, syaitan pula tertawa ria! Huh! bila aku kenang zaman remajaku, aku menangis. Nasib aku tidak jauh tersesat. Seiring dengan usia dan waktu, akal fikiran semakin berkembang, tahu membezakan baik dan buruk perilaku dan tindakan. 

Begitulah juga Bola dan Facebook. Segala perasaan, segala fikiran diluah melalui BUKU MUKA. Oh! sambil itu, aku ingin memperbetulkan ayat ya1 bukan MUKA BUKU TAPI BUKU MUKA.SEKIAN. Baik, sambung balik bait kata aku tadi. Bila sedih, kita luah di BUKU MUKA, bila sedih atau gembira kita luah juga di Buku muku. Hahahaha! aku juga tidak terkecuali. TAPI! haruslah diingat, jaga adab, jaga tangan, jaga perkataan. Kita melayu beragama islam. Ada agama, ada adat. Fikir sebelum taip. Sekian.

P/S: INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI. KADANG LUPA DAN TERLENA!

Tuesday, December 11, 2012

Sejarah itu Indah

Assalamualaikum.
Waktu malam begini, aku seakan digamit memori. Iringan piano "time forgets" alunan Yiruma menambahkan lagu keinginanku untuk menjejaki sejarah silam hidupku. Sungguh dalam kehidupan, manusia akan selalu terlupa atau sengaja lupa akan sejarah kehidupan mereka. Apa yang mereka lalui hari ini, belum tentu akan diingati 10 tahun akan datang. begitu juga aku. Terlalu banyak yang telah aku lupa. Mungkin silapku juga...mungkin patut setiap manusia mencatat akan kegiatan harian mereka, kerana suatu hari nanti kamu, kami, anda, kita semua akan menegenang kembali sejarah hidup. Sejarah hidup yang membuatkan siapa kita hari ini. Sejarah perjalanan suka duka hidup seorang insan yang bernama manusia. 

Masa telah berlalu, mana mungkin mampu kita kembali ke masa lalu. Semalam kita sudah jadi sejarah. Hari ini juga akan menjadi sejarah. Esok pasti bersejarah. Manusia yang hidupnya berprinsipkan sejarah, Insyaallah akan berjaya. tetapi manusia yang lupa sejarah, mungkin mengulanginya. Alhamdulillah, kerana sejarah semalam telah menjadikan aku manusia sebenar-benar manusia pada hari ini, dan insyaallah pada masa akan datang. Kadang, aku lupa, lalai dalam mengejar nafsu hingga tanpa sedar sejarah duka ku ulang berkali-kali. keinsafan acap kali menyinggah, tetapi malang, hanya sebentar cuma. Namun masihku cuba sedaya upaya, untuk tidak mengulangi apa yang telah terjadi. 

Teman-teman, jangan lupa pada sejarah, sejarah mengajar kita erti kehidupan dan sejarah cukup manis untuk dikenang walau pahit semasa menelan :-) Salam sejarah untuk semua!

p/s: Aku adalah guru sejarah (^_____~)

Monday, December 10, 2012

KeSiBuKaN kErJa

Salam semua. Lama rasanya aku tidak mencipta bait-bait kata. Dek kerana kesibukan kerjaya membuatkan aku terlupa kata laluan dan sekali gus membantutkan mata pena maya ku menaip bunga-bunga cerita. Alhamdulillah aku kini sedang gigih mengait usaha untuk memantapkan kerjayaku. Bahana kerjaya aku terkorban dek mengorabankan diri lalu aku abdikan diri pada anak bangsa. Syukur segalanya berjalan seperti yang ku pinta dan syukur Allah beri peluang untuk aku merasai indahnya kerjaya mendidik anak bangsa!. Ranjau sudah tersedia sementelah aku harus paksa sedia. Ranjau juga mengajarku erti sabar dan tawakal. Alhamdulillah kehidupan kami semakin bahagia dan emak juga sudah mampu tersenyum lega melihat aku berjaya. Nun jauh diperantauan ku relakan kaki berdiri demi  rezeki yang diberkati.Mudah-mudahan.

Alhamdulillah, seiring dengan usia, sahabat-sahabatku juga sudah mendirikan rumah tangga.Tahniah kerana sudah berjumpa sang cinta. Aku? alhamdulillah masih bahagia walau tanpa sang cinta. Insyaallah akan menyusul jika diizikan tuhan.