Dear diary,
aku tak tau kenapa hari-hari yang aku lalui kini begitu kepoh dan kecoh. Aku bukan seorang yang banyak cakap, tapi sejak seminggu dua ni aku begitu rajin bercakap sampai mereka2 tak larat nak layan aku. Aku bukan seorang yang ramah sehingga setiap orang aku tegur dgn senyuman tapi seminggu dua ni begitu ringan mulut ini menyebut" hai" sambil menghadiahkan senyuman yang paling comei..hehehe comei ke?
Dear diary,
entah mengapa juga aku begitu rindukan saat yang telah berlalu. Aku rindukan nenek...tersangat rindu. Aku ingat lagi setiap kali raya menjelma, nenek bagi aku duit raya 50 hinggit. cucu lain die bagi 10 hinggit jek! tapi aku speacial dimata nenek hehehe...Nek! rindu sangat...kalau nenek masih ade....
Dear diary,
aku rindukan zaman sekolah...saat kami tertawa mesra tanpa sedikit pun rasa curiga dan benci...kita ketawa, bergurau senda bersama...masih ingatkah mereka pada aku? teman...aku rindu kamu semua!
Dear diary,
aku sudah mampu untuk melupakan dia! cuma kadang-kala ingatan masih terkenangkannya! wahai Tuhan! tolong aku melupakannya...ya Alllah ya Tuhanku...
Dear diary,
betapa kini aku sepi dan terasing oleh ruang dan waktu...andai masa dapat ku putar kembali...aku mahu ia berhenti...agar dapat ku kutip sisa-sia gembira saat bersama mereka yang aku sayang...
No comments:
Post a Comment