WaRnA sEjUtA MaKnA, MeMaKnAkaN wARnA bAgAi HiLaNg JeMu YaNg MeWaRnai JiWa keLiru. TeRpEgUn DaN TeRKeLu MeLiHaT iNdAHnYa UnGu
Tuesday, January 22, 2013
Edisi Nak Kahwin
Nak Kahwin!!! oh itulah hajat dihati aku. Meronta-ronta bagai kanak-kanak kecil hatiku ini. Siapa didunia ini yang tak mahu berkahwin bukan? kamu, aku, kami, kita semua ingin membina keluarga bahagia bersama insan yang dikasih dan disayangi! Oh! memang aku nak kahwin! Tahniah! Tahniah! siapa jejaka "bertuahnya" itu??? Yang itu.... errmmmm....masih memilih-milih lagi...calon sudah ada cuma...errrr...cuma????? aku tak cukup duit :-( Tolong sponser..................................................................................................................
Thursday, January 10, 2013
Oh! Untuk sekian kalinya......kerja bermula
sedar tak sedar dah masuk tahun baru kita kan? Macam biasa, aku tak sambut tahun baru masihi, tahun baru islam aku sambut hehehe, dan tahun baru ini juga menandakan permulaan tugas yang semakin mencabar..memanusiakan manusia. Semakin hari, tugas sebagai seorang guru yang aku pikul benar-benar membuatkan aku lelah. Lelah dalam memikirkan cara terbaik untuk membuat pembaharuan dalam setiap pengajaran agar pelajar tidak bosan. Lelah mencari alternatif terbaik agar pelajar cemerlang dalam pelajaran. Paling aku lelah, adalah memikirkan akhlak dan moral pelajar yang semakin lama semakin berkurangan. Adab dan budi pekerti hilang, Yang paling membuatkan aku kecewa adalah kerana mereka daripada golongan yang bijak pandai. Bila aku kaji, bila aku perhati, yang sering membantuku adalah pelajar yang lemah. yang sering mengucap salam padaku adalah pelajar yang nakal dan yang sering mencuit hatiku adalah pelajar yang lemah. Mungkin benar, semakin pandai seseorang itu, semakin tinggi rasa diri. Alhamdulillah, pelajar-pelajarku yang lemah inilah yang sering menyenangkan hatiku. Yang sering membuat aku tertawa. Namun kadang-kala terlepas lakuku memarahi mereka dek kerana sering bertanya soalan yang sama setiap kali mereka tidak faham. Mungkin salahku..mungkin belum layak untukku menjadi guru terbaik buat mereka. Aku tertekan, diantara kemahuan pihak sekolah, kemahuan falsafah pendidikan dan kemahuanku sendiri. Sedang pelajarku yang lemah itu yang menjadi mangsa...Ya aku belum layak menjadi guru pada mereka. setiap saat, ku panjatkan doa agar mereka mampu menjadi pelajar cemerlang, bukan cemerlang akademik, tetapi lebih kepada akhlak adan moral.....
Subscribe to:
Posts (Atom)