Sunday, May 20, 2012

SARAWAK

ade apa dengan sarawak??? hmmm... aku sbnrnye telah dipostingkan di sarawak..that why aku tny ada ape dengan sarawak?? takut sebenarnye berada jauh di seberang laut...jauh dari mak dan kucing kesayangan...mok... tapi demi anak bangsa, demi prinsip...aku gagahkan juga kerana aku seorang yang berjiwa guru! bukan berkerjaya guru!

Tuesday, May 8, 2012

Bila dugaan datang menimpa, takdir penentu segala

Salam semua. Syukur kerana aku dan kamu semua masih mampu tersenyum walau ada duka yang mungkin merasuk dalam diri. Syukur kerana Tuhan sentiasa bersama tanpa melupakan kita. Baru-baru ini keluarga kami telah ditimpa dugaan yang amat berat, yang mendatangkan malu yang amat. Ianya telah terjadi kepada saudara yang sangat rapat dengan aku apabila majlis perkahwinannya terpaksa dibatalkan walaupun hanya tinggal beberapa hari. Sepatutnya sepupuku akan bernikah pada hari sabtu bersamaan 12/5/2012. Namun seperti kata saya bila dugaan datang menimpa, takdir penentu segala. Sang lelaki telah menikah dengan wanita lain kerana terlanjur "mendapat anak tanpa sengaja" Sang lelaki menikah pada 17/4/2012 tanpa pengetahuan sesiapa hatta ibu bapanya sendiri tidak tahu. Betapa kejamnya dia merahsiakan hal itu daripada keluarganya dan juga keluarga kami. Berat mata memandang berat lagi bahu keluarga sepupu saya yang menanggungnya. Kami hanya dapat tahu tentang pernikahan rahsianya pada 7/5/2012! kejamnya dia! tanpa segan silu meminta pula majlis pernikahan diteruskan! syukur sepupu bijak membuat pertimbangan, mana mungkin dia menerima setelah apa yang dilakukan oleh tunangannya. Sungguh tidak disangka dalam diamnya dia, dalam malunya dia dan dalam alimnya dia kerana sentiasa solat diawal waktu, dia telah bermain kayu tiga hingga tanpa sengaja sang perempuan simpanan melahirkan anak pada 4/5/2012! namun segalanya ada hikmah! Syukur walaupun perit namun tuhan sentiasa memberi petunjuk...Aku tahu Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik, lebih bernilai kepada saudaraku itu! Teruslah tersenyum...walau sedih menguasai diri. Tuhan tidak menduga hambaNya tanpa kemampuan hambaNya...Syukur masih diberi peluang untuk membuat pilihan... Kepada lelaki diluar sana, jika sudah tidak suka, suarakanlah, berterus teranglah...jangan jadikan diri anda dipandang hina serendah-rendahnya dan maruah anda yang telah tercalar dicanang hingga 5 kampung! Kepada sang lelaki itu. bertaubatlah dan memohan maaf jika diri anda tidak mahu disumpah saranah orang kampung, keluarga anda dipandang hina dan "anak tanpa sengaja" diejek! fikirkanlah!