Sunday, March 25, 2012

Just Be WhaT u Want To BE

Salam semuanya yang sedang membaca. Jika ada, jika tidak, macam biasa, aku seorang sahaja la yang baca. Well...like i said, be what you want to be dear..so apa kena mengena tajuk aku malam ni dengan aku? Sebab aku hanya fikir apa aku nak jadi la, aku dah sampai ke tahap ni. Yang kadang kala orang pun tak sangka. Tahap apa? tahap di mana aku telah berjaya capai cita-cita yang suatu ketika dulu aku hanya mampu angan-angankan, tahap di mana suatu ketika dula aku hanya mampu melihat tanpa azam.
Kehidupan aku bermula dengan suatu kesukaran. Kesukaran yang membuatkan aku berdikari seawal usia 8 tahun.Aku dibesarkan tanpa kasih dan sayang seorang ayah,tanpa kemewahan yang melimpah ruah. Namun syukur, aku telah dibesarkan dan dijaga oleh seorang ibu yang gigih dan seorang nenek yang pengasih. Emak seorang pekerja kilang. Biasalah, kerja kilang ni sinonim dengan shif kan? kadang-kadang pagi, kadang-kadang petang dan begitulah seterusnya. Rutin kerja mak membuatkan aku sangat jarang berjumpa dengannya. Syukur, masih ada nenek yang rajin menemani ku. Saat suatu ketika nenek memetik kopi di kebun, nenek akan membawa aku dan aku akan menolong nenek memetik kopi. Saat itu, hanya nyamuk dan unggas jadi peneman. Nenek juga menjual kerepek ubi dan akulah yang membantu nenek mencabut ubi untuk dibuat kerepek. Ketika itu kebun nenek agak jauh, kami menggunakan basikal untuk mengangkut ubi-ubi untuk di bawa pulang.
Kini nenek telah pergi, saat aku gigih mencari ilmu, saat aku berjauhan dari nenek. Nenek pergi meninggalkan kami dengan cara yang sangat mengejut. Peritnya masih ku rasa hingga kini. Saat aku hampir dikemuncak, saat ijazah itu aku genggam...betapa aku merindui masa dahulu...ketika keringat membasahi dahi saat aku mengayuh basikal dari kebun ke rumah nenek.
Aku tidak pernah malu dengan kehidupanku, kerana kehidupan itu menjadikan siapa aku pada hari ini dan menentu kehidupan pada hari esok...bersambung....